♥ HELLO AND ASSALAMUALAIKUM , HAVE A NICE DAY READER ♥

October 15, 2012

Diploma Pengurusan Maklumat / Diploma Sains Perpustakaan

Assalamualaikum ; salam 1 malaysia rakan-rakan.
lama ija tak update blog ne , heee . hari ne ija nak cerita serba sedikit lah tentang kos yang ija ambil sekarang di Universiti Selangor , Diploma Sains Perpustakaan , kata lain , Diploma Pengurusan Maklumat . 


personally, kalau kita tanya ramai orang di luar sana, for sure diaorang akan cakap kos ni mesti belajar pasal library je , kuar nanti pun boleh jadi librarian je . SALAH !
senang cerita , sebenarnya kos ne kami belajar macam mana nak menguruskan maklumat dalam sesebuah syarikat , library dan lain2 .  di singkatkan lagi , kos ne lebih kearah bidang kemanusiaan , sains pun ada , tapi bukan pure sains mcm physics dan lain2 tuu ,kos ni kena banyak makan kismis la senang citer, hehehe . sebab banyak benda yg nak dihafal. INI NASIHAT , kalau jenis tak minat membaca, tak minat menghafal, tapi lebih kepada problem solving, jangan lah amik kos ni. Sebab korang akan boring tahap maksima dan takut nanti study2 tak masuk pulak.Banyak terms nak kena hafal boleh dikatakan, satu chapter tu, memang macam2 nak kena hafal. Ada sub-sub topik lagi. Tapi harus diingat, hafal dan faham , Faham tu yg penting, mcm mana nak aplikasikan benda tu dalam daily life kita , Hurmm.. 


Assignment? Memang banyak jugaklah. Assignment ni datang secara tiba-tiba. Dari satu, ke satu assignment. Tak habis-habis. Setiap assignment mencabar sebenarnya. Tak kiralah subjek mana pun. 

Presentation? boleh di katakan setiap subjek, mesti ada present. ija cukup menyampah bila turn present ni, sebab faham-fahamlah, ija ni payah sikit nak bercakap, idea pun takda , tapi tetap teruskan jugak. Skop Pekerjaan?? menurut lecturer-lecturer dan senior-senior, kos ni banyak jugak peluang pekerjaan. cuma please lah, buang mindset, bila amik Pengurusan Maklumat, mesti kerja library. Actually, banyak lagi pekerjaan yang terbuka untuk graduan IM (Information Management) ni, antaranya boleh jadi pegawai arkib, pegawai sistem maklumat, pegawai rekod dan sebagainya. Harus diingat jugak , most syarikat yang besar2, mesti ada information center diaorang sendiri, mcm perpustakaan, bahagian rekod dan sebagainya, mostly, diaorang akan hire bebudak kos kami ne , Kalau korang nak jadi lecturer pun boleh, tapi mesti result dan pencapaian kokurikulum hebat-hebat lah.

Lagi satu, kalau boleh tu, jangan la study sampai tahap diploma je, kalau ada rezeki, continue je sampai degree . masa tu peluang pekerjaan lagi cerah . Tambah-tambah kalau banyak join persatuan, ada sifat kepimpinan, lagilah Insyallah, kerja tu datang dengan mudah. Jgn jadi mcm ija ne , study hancur, kokurikulum pun ntah apa jaa .Senang ke kos ni? Kalau senang, kenapa ada yg repeat ye? kos ni memang agak mencabar jugak. macam ija cakap awal tadi , macam2 kena hafal , tapi sanggup ke otak korang menghafal fakta? Memang boleh meletup otak ni . tapi kan , usaha tangga kejayaan , ada usaha , pasti boleh . 

2 comments:

  1. saya minat lah..hafal2 tu mcm akak ckp,..usaha la kan..

    ReplyDelete
  2. Salam...nk tny Dip Pengurusan Maklumat dgn Dip Sains Perpustakaan adalah course yg same ke?

    ReplyDelete